,
Hiburan

Hari Rock Negara Tarikan Menarik Sempena Fiesta Belia Merdeka 2024! Gerhana Ska Cinta, SYJ, Lipan Bara Antara Line Up Padu

Amri Hassan
31/08/2024
20:27 MYT
Fiesta Belia Merdeka 2024 bakal berlangsung pada 8 September ini, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Acara ini dianjurkan oleh KL Care dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO belia seperti International Youth Centre (IYC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP).
Menurut Pengerusi KL Care iaitu Shafiq Saharudin, program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kemerdekaan di kalangan belia, sambil memupuk kepimpinan dan kesedaran sosial dalam kalangan generasi muda.
"Acara ini juga menjadi platform bagi belia untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah disusun sepanjang hari tersebut.
“Fiesta Belia Merdeka 2024 ini juga dapat membantu belia untuk meneroka peluang kerjaya dan latihan untuk perancangan masa hadapan," ujarnya.

Hari Rock Negara

Ujar Shafiq, antara acara utama yang akan berlangsung ialah Fitness Dance Marathon, Karnival Kerjaya oleh PERKESO, Bike Show, Forum Belia Berisiko, Pertandingan Filem Pendek, Hari Rock Negara dan Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China.
Bukan itu sahaja, tetamu yang hadir juga berpeluang untuk berjumpa dengan selebriti popular tanah air antaranya ialah Fikry Ibrahim, Cacha Maembong, Bella Dowanna, Wan Raja Lawak, Trisha Ooi dan ramai lagi.
Selain itu, turut menjadi tarikan ramai adalah Hari Rock Negara yang akan berlangsung pada hari sama sekitar jam 7 malam.
Antara barisan penyanyi yang akan menggegarkan pentas Hari Rock Negara adalah kumpulan Gerhana Ska Cinta, SYJ, Lipan Bara, Kugiran D' Tepi Pantai dan banyak lagi.
Meskipun ini kali pertama KL Care menganjurkan karnival yang berskala besar seperti Fiesta Belia Merdeka 2024, tetapi pihaknya menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sahaja mendidik tetapi juga menghiburkan.
Difahamkan, Fiesta Belia Merdeka 2024 ini mendapat sokongan penuh daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Datuk Azman Hj Abidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri.
Untuk maklumat lanjut mengenai Fiesta Belia Merdeka 2024, sila layari laman web dan platform media sosial rasmi di https://www.facebook.com/FiestaBelia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Masdo, Gerhana Ska Cinta Ajak 'Berkencan' Malam Minggu Ini Di Panggung Odeon!

gempak
14/08/2024
18:55 MYT
Bermula dengan tarikh 21 September 2024 yang dipilih sebagai permulaan bagi malam-malam minggu yang menarik nanti, Panggung Malam Minggu pertama akan membawakan Gerhana Ska Cinta serta Masdo dengan kemunculan MOC dan Jemput Dengar sebagai pembuka acara.
Hiburan

Jujur Dengan Muzik Buat Gerhana Ska Cinta Bertahan Selama 16 Tahun

gempak
09/12/2016
04:36 MYT
Hiburan

Shuk SYJ Berangan Mahu Tiga Orang Anak

gempak
27/12/2015
21:30 MYT
Hiburan

Shuk SYJ Kahwin Wanita Sabah

gempak
22/12/2015
06:41 MYT