Pelakon drama bersiri Monalisa, Zara Zya tergamam selepas mendengar 'pick-up line' yang diberikan oleh pelakon senior, Nasir Bilal Khan.

Menerusi sedutan rakaman program CCTV yang dihoskan ole Aril Pilus dan Aliff Farhan, Nasir diberikan cabaran untuk memberikan 'pick-up line' kepada Zara.

Potongan video tersebut dimuat naik di laman YouTube Thinker Studios.

Nasir yang terkenal dengan watak Tok Adi bertanyakan kepada Zara, hari minggu apa yang paling digemari olehnya, Sabtu atau Ahad dan Zara menjawab dia lebih menggemari hari Ahad.

"Hari Sabtu kita nikah, hari Ahad kita bersanding!" kata Nasir dengan gaya bersahaja.


'Pick-up line' yang diberikan oleh Nasir kepada Zara nyata membuatkan gadis itu terdiam dan tersenyum manis.

Selain Zara dan Nasir, artis lain yang hadir memeriahkan rakaman program CCTV adalah Hafreez Adam dan Izzue Islam.

Di ruangan komen, rata-rata peminat terkejut dengan aksi 'sporting' Nasir dan terhibur melihat telatah mereka.

Video dengan tajuk "CCTV: Tok Adi Belanja Pickup-Line Tanah Kubur!" itu telah dimuat naik pada 16 April lalu.

Meraih hampir 100,000 tontonan, video tersebut menduduki carta ke-18 trending di laman YouTube.

Nasir dan Izzue hadir bagi mempromosikan drama bersiri Tok Adi yang bersiaran setiap Isnin jam 9 malam di Astro Oasis.

Zara dan Hafreez pula hadir untuk mempromosikan drama bersiri Monalisa yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima.

Jangan lupa saksikan CCTV setiap Isnin, jam 9.30 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: YouTube Thinker Studios