"Hari Tu Pernah Kritikal 90% Bergantung Pada Mesin .." - Tunjuk Peningkatan Positif, Abby Abadi Harap Semua Terus Doakan Anaknya
Zulaikha Yusof
12/10/2019 23:54 MYT
12/10/2019 23:54 MYT
Pelakon Abby Abadi berkongsi perkembangan terkini anaknya, Muhammad Danial Firman Faizal yang dilahirkan pramatang pada 27 September lalu.
Menurut Abby, pada awal kelahiran berat Danial hanya 535 gram (gm) berbeza selepas 16 hari kerana sudah meningkat 600 gm.
"Muhammad Danial Firman Faizal. Sempat mama scan 6D sebelum terberanak hihi. Sekarang dah lahir dia.
"Keluar pramatang 24 minggu dengan berat 535gm. Minggu pertama turun 470gm, sekarang 16 hari dah naik 600gm, sekelip mata segalanya berlaku. Rasa macam masih bermimpi pun ada.
"Yer hari ni hari ke 16 dah. Ya Allah hebat terus ye anak mama abah. Terus kuat dan bertahan ok.
"Mama dah ada set bantal dia pastu nanti mama nak buat cantik-cantik, nak hias comel-comel katil dia untuk sambut dia balik ye hehe. Amin amin semoga Allah permudahkan," kongsi Abby.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya hari semalam.
Bercerita mengenai perkembangan bayi mereka, Abby memberitahu anaknya itu sudah menunjukkan peningkatan positif malah tidak sepenuhnya bergantung pada mesin pernafasan.
"Tadi pagi-pagi lagi mama dan abah @jaiezzany dah jenguh baby Danial. Hantar susu, urut dan sembang-sembang lagi hihi.
"Hari tu pernah kritikal 90 peratus bergantung pada mesin kan? Lepas tu turun 65 peratus. Hari ni dah turun lagi 50 peratus. Berkat doa semua. Syukur.
"Terus mendoakan baby Danial saya ye. Kami sayang dia sangat! Dan saya tahu ada ramai juga sahabat-sahabat disini yang sayang pada baby Danial kan walaupun tak pernah tengok.
"Tadi jumpa doktor pun, dah lain dah cara doktor bercerita tentang baby Danial. Kuat anakku sayang," tulisnya lagi.
Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungan enam bulan.
Dia terpaksa melahirkan bayinya menerusi proses pembedahan pada 27 September lalu selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.
Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.