Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hari Wanita Sedunia: Mek Zura Mahu Jadi Isteri & Wanita Bekerjaya Yang Seimbang Tunai Tanggungjawab

Azwa Rahman
08/03/2021 07:37 MYT
Hari Wanita Sedua yang disambut pada hari ini selayaknya bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf hak dan perasan setiap wanita di dalam hidup kita.

Itulah pengertian buat penyampai radio Gegar, Mek Zura yang merasa setiap wanita perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Begi pemilik nama sebenar Siti Azuraina Sheik Omar ini, dia mahu mengambil Hari Wanita Sedunia ini sebagai inspirasi untuk memperkasakan dirinya.

“Saya ingin menjadi seorang isteri dan wanita bekerjaya yang mengamalkan keseimbangan dalam menunaikan hak serta tanggungjawab dengan tidak berlebih-lebihan dengan sesuatu tugasan sehingga menggabaikan tanggungjawab yang lain.

“Namun untuk menjadi seorang wanita hebat di zaman moden yang penuh cabaran ini, bukan hanya perlu hebat dalam pelajaran dan kerjaya, malah ilmu agama juga wajib perlu mantap dari segala aspek,” jelasnya ketika dihubungi Gempak bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada hari ini.

Menjadikan Ustazah Datuk Dr Nurhafizah Musa sebagai idola, Mek Zura amat menyanjungi figura tersebut yang terkenal dengan ketegasan dalam sifat lembutnya.

“Saya suka cara beliau dari sudut seorang isteri, ibu dan pendidik. Ada ketegasan di sebalik kelembutannya. Perkara yang paling saya kagumi adalah, beliau tetap dalam kerendahan hati walau disanjung tinggi,” ujarnya

Malah, Mek Zura turut mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada para petugas barisan hadapan terutamanya para wanita yang terus membantu memerangi pandemik ini tanpa lelah.

“Saya harap para petugas barisan hadapan terutama sekali golongan wanita agar terus cekal dan kuat semangat dalam melaksanakan tugasan, bijak mengawal emosi, pandai mengatur masa, kerjaya dan keluarga.

“Selain itu, teruskan memberi inspirasi agar kita semua berhemah dalam perbelanjaan, rajin mempelajari ilmu agama dan sentiasa bersiap sedia dengan apa saja cabaran mendatang agar kita mampu untuk teguh berdiri dan bukannya lemah,” katanya lagi.
#GEGAR #Hari Wanita Sedunia #Mek Zura
;