BERITA
“Hari Yang Ditunggu Akhirnya Tiba”- Fizi Ali Berdebar Menanti Kelahiran Bayi Sulung
Penyampai radio, Fizi Ali memberitahu isterinya, Shakilla Koriri dijangka bakal melahirkan bayi sulung mereka pada hari ini.
Fizi berkata ketika ini perasaannya bercampur baur dan berharap agar semuanya berjalan dengan lancar.
“I’m ready!!!hari yang ditunggu akhirnya tiba jugak..
“Tak tahu apa perasaan sekarang ni..sedih,happy,takut semua ada..
“Harap semua berjalan dengan lancar...semoga Shakilla Koriri kuat..love you sayang,” tulisnya.
Fizi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya
Menerusi entri tersebut, Fizi yang berada di hospital memakai baju lengkap bagi persediaan memasuki bilik bersalin.
Rata-rata peminatnya mendoakan yang terbaik buat mereka agar semuanya selamat.
Fizi mendiri rumah tangga bersama Shakilla pada 18 Februari 2018.