Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Hari Yang Paling Farah Takut Dalam Hidup Jadi Kenyataan” – Farahdhiya Reda Pemergian Bapa

Fiza Kamarudin 09/01/2020 | 22:45 MYT
Selepas pemergian bapa kesayangan Mohamed Amin Zubir semalam, pelakon dan penyanyi Farahdhiya mengakui reda dengan ketentuan Illahi.
Farahdhiya atau lebih mesra dengan panggil Farah itu, meluahkan perasaannya menerusi posting di laman sosial Instagram (IG).
Antara yang menyentuh hati apabila Farah memberitahu tidak boleh melelapkan mata kerana merindui Allahyarham bapanya.
Bagaimanapun katanya, dia reda dengan pemergian bapa kesayagannya itu walapun belum puas menjaga Allahyarham.
“Dada Sayang, sudah pukul 5 pagi sekarang dan Farah masih tak boleh lelapkan mata. Farah rindu Dada. Rasa ini sangat perit. Farah masih tak boleh bayangkan hidup Farah lepas ni tanpa Dada.
“Selamat pulang ke penciptamu Nyawaku, Mohamed Amin binti Raja Maimunah. Alhamdulillah senang Dada pergi menghadap pencipta Dada pagi tadi.
“Terima kasih Allah kerana permudahkan segalanya untuk kesayangan dunia akhiratku. Farah reda Dada, Farah redha walaupun Farah tak puas lagi jaga Dada,” tulisnya.
Selain itu Farah turut mengakui pemergian bapanya adalah hari yang paling ditakuti dalam hidup dan perkara tersebut menjadi kenyataan.
Hari yang Farah paling takut dalam hidup jadi kenyataan. Dada pergi tinggalkan Farah tanpa sebarang pesan terakhir tapi Farah reda.
“Da, tenanglah Dada di sana seperti mana tenangnya muka Dada tadi. Alhamdulillah banyak kali Farah dapat cium dan peluk Dada…Dada paling wangi hari ni Da,” luahnya lagi.
Allahyarham Mohamed Amin meninggal dunia jam 11.55 pagi semalam (Khamis) di hospital.
Mohamed Amin rmenghidapi masalah Sekatan Pulmonari Kronik (COPD), iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya kerana tabiat merokok, sejak lima tahun lalu.
Arwah menghidapi masalah Sekatan Pulmonari Kronik (COPD), iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya kerana tabiat merokok, sejak lima tahun lalu.
Allahyarham juga sering keluar masuk hospital kerana penyakitnya itu.
#Meninggal Dunia #Farahdhiya
;