Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Hari-Hari Cium Perut, Minta Baby...”- Farah Lee Dedah Sikap Pelik Anaknya

Syafiqah Jalal
20/12/2018 06:30 MYT
Bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar, Farah Lee mendedahkan anaknya, Maream Esabell, 4, hampir setiap hari meminta bayi daripadanya.

Farah memberitahu dia bingung dengan sikap anaknya itu kerana dia sehingga kini masih berstatus ibu tunggal.

“Hari2 mintak baby pastu kiss perut omma (farah) cakap dengan baby. Omma cakap kalau nak adik kena tunggu omma kawen dulu. Dia cakap okay.


“Tapi bila omma cakap nanti dah kawen Maream tak boleh tidur dengan omma dia tak bagi kawen pulak.

“Apa yang kau nak sebenarnya Maream.? Pening aaaa,” tulisnya.

Farah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Farah yang tertekan dengan sikap anaknya itu memberitahu dia kini masih selesa dengan kehidupan tidak berkahwin.

“Cuba pressure daddy (Ally Iskandar) pulak tengok. Omma ni enjoy pulak hidup single,” katanya lagi.

Ally dan Farah bernikah pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.

. Hari2 mintak baby pastu kiss perut omma cakap dengan baby. Omma cakap kalau nak adik kena tunggu omma kawen dulu. Dia cakap okay. Tapi bila omma cakap nanti dah kawen Maream tak boleh tidur dengan omma dia tak bagi kawen pulak. Apa yang kau nak sebenarnya Maream.? Pening aaaa ??‍♀️ Cuba pressure daddy pulak tengok. Omma ni enjoy pulak hidup single ?? Hiks . [4years4months] #mareamesabel #BELLEinUK

A post shared by FARAH LEE (@farahlee_) on

#Ally Iskandar #Farah Lee #Maream Esabell
;