Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Harimau Malaya Benam Garuda, Safawi Rashid Farizal Marlias Dipuji Warga Net!

Fiza Kamarudin
20/11/2019 02:23 MYT
Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi (Selasa).

Aksi cemerlang skuad kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe dipuji warga net dan antara nama yang disebut sebagai hero ialah penyerang negara Safawi Rashid serta penjaga gol Farizal Marlias.

Safawi Rashid mempamerkan aksi hebat apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-30 dan melakukan jaringan kedua pada minit ke-72.

Terima kasih Malaysia ??

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on

Ego skuad Garuda sekali lagi disentap apabila sepakan penalti mereka dipatahkan dengan mudah oleh Farizal Marlias.

Perlawanan berakhir dengan Indonesia terpaksa akur dengan kekalahan terturut-turut dalam lima perlawanan.

Kemenangan tersebut sekaligus menyaksikan Malaysia menambah tiga lagi mata menjadikan sembilan kutipan selepas menamatkan lima perlawanan.

Keputusan ini juga mencerahkan peluang ke Pusingan Akhir Piala Asia 2023 di China.

Selepas menentang Indonesia, Malaysia dijadualkan berdepan UAE di Dubai pada 26 Mac 2020, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020, sebelum menamatkan aksi pusingan kelayakan menentang Thailand pada 9 Jun 2020 di tempat lawan.

Dalam pada itu di media sosial, warga net mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya dan berharap agar prestasi baik seperti semalam (Selasa) dapat dikekalkan dalam perlawanan seterusnya.

Warga Net turut menamakan Safawi dan Farizal sebagai ‘Man Of The Night’ selain memuji penyerang negara, Mohamadou Sumareh.


Foto: Twitter
#Harimau Malaya #Safawi Rashid
;