Harimau Malaya mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan empat minit selepas itu, tetapi rembatan Safawi Rasid di dalam kotak penalti sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Taiwan.
Malah, beberapa peluang terbaik yang hadir di penghujung babak pertama juga gagal dimanfaatkan jentera serangan skuad negara untuk menghasilkan jaringan penyamaan.
Harimau Malaya akhirnya memecah kebuntuan jaringan lapan minit selepas bersambung babak kedua apabila rembatan jarak jauh Safawi gagal di selamatkan penjaga gol Taiwan, Pan Wen Chieh.
Usaha keras anak buah Pan Gon terus membuahkan hasil dengan Paulo Josue meletakkan skuad negara di depan pada minit ke-69 sebelum pemain gantian, Adib Ra'op mengesahkan kemenangan Harimau Malaya apabila meledak gol ketiga pada masa kecederaan.
Sumber: Berita Harian