Hiburan
Harimau Malaya Yang Menang, Tapi Kenapa Penyampai Radio Indonesia Ini Pegang Sepanduk 'Kami Sayang Malaysia'?
Pasukan Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia dengan mata 2-0 pada perlawanan peringkat Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung Selasa lalu.
Namun, tahukah anda, sebelum perlawanan bermula, penyampai radio daripada negara jiran telah menyahut satu cabaran yang diberikan oleh Johara Pagi ERA.
Penyampai Johara, Johan, Haniff dan Ray memberi cabaran terhadap penyampai segmen Semangat Pagi Nampol daripada radio Gen 98.7 fm Indonesia dan menyatakan sekiranya pasukan Malaysia menang ke atas pasukan Indonesia, maka mereka perlu memegang papan menyatakan bahawa mereka sayang Malaysia dan begitulah juga sebaliknya.
Disebabkan kemenangan berpihak kepada Malaysia, penyampai segmen Semangat Pagi Nampol yang dibarisi oleh Kemal Mochtar, Diaz Danar dan Sinyorita telah menyahut cabaran ini.
Tambah manis, cabaran itu dilakukan berhadapan tugu kebanggaan Jakarta, iaitu Tugu Monas.
Lihatlah gambar yang dimuat naik oleh mereka bertiga di bawah:
Rata-rata komen daripada pengikut stesen radio berkenaan memuji sifat bersaudara yang diterapkan oleh mereka.
Malah ramai juga tidak sabar untuk menantikan perlawanan antara kedua-dua negara ini pada masa akan datang.
Must-Watch Video