gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Restoran Guna Air Penyaman Udara Rendam Bahan Masakan
BERITA
Syarikat Homestay Bayar RM70,000 Ganti Rugi Kepada Astro Gara-Gara Penstriman Haram
HIBURAN
Harissa Adlynn Nafi Diri Mudah Perasan, Anggap Fitnah Semata-Mata - “Kalau Ada Yang Cuba Rapat Sekalipun…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Harissa Adlynn Nafi Diri Mudah Perasan, Anggap Fitnah Semata-Mata - “Kalau Ada Yang Cuba Rapat Sekalipun…”

Mya Amri
Mya Amri
07/08/2025
21:45 MYT
Sponsor Banner
Harissa Adlynn Nafi Diri Mudah Perasan, Anggap Fitnah Semata-Mata - “Kalau Ada Yang Cuba Rapat Sekalipun…”
Pelakon, Harissa Adlynn menafikan spekulasi mengatakan dirinya mudah perasan apabila menerima layanan baik daripada rakan artis lelaki ketika bekerja bersama di set penggambaran.

Dakwaan fitnah

Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah semata-mata, Harissa menegaskan bahawa dia sentiasa bersikap profesional dalam setiap kerjanya.
Malah Harissa menyangkal dakwaan dia pernah meminta pihak produksi menjauhkan pelakon lelaki daripada mendekatinya dan berkemungkinan fitnah itu berniat untuk menjatuhkan reputasi.

“Saya terkejut dengan dakwaan seperti itu kerana situasi berkenaan langsung tidak pernah berlaku. Cerita ini fitnah semata-mata dan sumpah tak pernah terjadi. "Setiap kali saya berada di set, hubungan dengan rakan gandingan sentiasa berjalan baik.

“Itu rekaan semata-mata. Saya tak pernah minta pihak produksi halang mana-mana pelakon untuk mendekati saya.
"Kalau ada yang cuba rapat sekalipun, saya akan hadapi dengan sikap profesional. Malah, saya tak pernah tunjuk jika rasa tak selesa,” jelasnya.

Mohon penyebar fitnah tampil bersemuka

Malah Harissa juga berharap individu yang menyebarkan khabar angin itu tampil bersemuka dan membuat permohonan maaf.
Tambah Harissa lagi, dia berharap spekulasi seperti ini tidak menjejaskan rezekinya dalam industri seni.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Harissa mudah salah faham apabila menerima layanan baik daripada aktor lelaki.
Topic Berkaitan
#Fitnah
#Harissa Adlynn
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement