HIBURAN
Harissa Adlynn Nafi Diri Mudah Perasan, Anggap Fitnah Semata-Mata - “Kalau Ada Yang Cuba Rapat Sekalipun…”
Pelakon, Harissa Adlynn menafikan spekulasi mengatakan dirinya mudah perasan apabila menerima layanan baik daripada rakan artis lelaki ketika bekerja bersama di set penggambaran.
Malah Harissa menyangkal dakwaan dia pernah meminta pihak produksi menjauhkan pelakon lelaki daripada mendekatinya dan berkemungkinan fitnah itu berniat untuk menjatuhkan reputasi.
“Itu rekaan semata-mata. Saya tak pernah minta pihak produksi halang mana-mana pelakon untuk mendekati saya.
"Kalau ada yang cuba rapat sekalipun, saya akan hadapi dengan sikap profesional. Malah, saya tak pernah tunjuk jika rasa tak selesa,” jelasnya.
Tambah Harissa lagi, dia berharap spekulasi seperti ini tidak menjejaskan rezekinya dalam industri seni.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Harissa mudah salah faham apabila menerima layanan baik daripada aktor lelaki.
Dakwaan fitnah
Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah semata-mata, Harissa menegaskan bahawa dia sentiasa bersikap profesional dalam setiap kerjanya.Malah Harissa menyangkal dakwaan dia pernah meminta pihak produksi menjauhkan pelakon lelaki daripada mendekatinya dan berkemungkinan fitnah itu berniat untuk menjatuhkan reputasi.
“Saya terkejut dengan dakwaan seperti itu kerana situasi berkenaan langsung tidak pernah berlaku. Cerita ini fitnah semata-mata dan sumpah tak pernah terjadi.
"Setiap kali saya berada di set, hubungan dengan rakan gandingan sentiasa berjalan baik.
“Itu rekaan semata-mata. Saya tak pernah minta pihak produksi halang mana-mana pelakon untuk mendekati saya.
"Kalau ada yang cuba rapat sekalipun, saya akan hadapi dengan sikap profesional. Malah, saya tak pernah tunjuk jika rasa tak selesa,” jelasnya.
Mohon penyebar fitnah tampil bersemuka
Malah Harissa juga berharap individu yang menyebarkan khabar angin itu tampil bersemuka dan membuat permohonan maaf.Tambah Harissa lagi, dia berharap spekulasi seperti ini tidak menjejaskan rezekinya dalam industri seni.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Harissa mudah salah faham apabila menerima layanan baik daripada aktor lelaki.