Harith Iskander Teruja Dapat Bertemu Putera Charles

Fiza Kamarudin
November 10, 2017 11:13 MYT
Pelawak Harith Iskander berkongsi perasaan terujanya apabila dapat bertemu dengan Prince of Wales dan isterinya, Duchess of Cornwall baru-baru ini.
Harith menerusi entri di Instagram (IG) menyifatkan pertemuan selama satu minit itu sebagai sesuatu yang amat berharga dan berbangga dapat bertemu Putera Charles.
Di IGnya Harith berkongsi momen ketika Putera Charles datang kepadanya dan bertanya tentang industri komedi selain berkongsi pandangan mengenai kumpulan komedi kegemaran mereka, Monty Python.
Tambah Haris lagi, Putera Charles sempat berbual dengan isterinya tentang stem cells dan ijazah doktor falsafah (PhD) dimiliki Jezamine.
Harith turut berterima kasih kepada Kedutaan Kedutaan British kerana sudi mengundangnya dan isteri ke Majlis Malam Gala Diraja tersebut.
Foto: Instagram Harith Iskander
#Pelawak #Harith Iskander #Putera Charles