Laman Utama

Harith Zazman ‘Stop Lah Being So Cute’ Bertunang Dengan Kekasih Hati

gempak
Azwa Rahman
14/03/2021
03:58 MYT
Sponsor Banner
Harith Zazman ‘Stop Lah Being So Cute’ Bertunang Dengan Kekasih Hati
Penyanyi lagu Cute, Harith Zazman mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati, Nuramalina Ghakashah dalam satu majlis yang berlangsung di Serendah, Hulu Selangor pada Sabtu.
Menerusi laman sosial Instagram, Harith, 27, berkongsi dua keping foto bersama tunangnya sambil meluahkan ucapan syukur.
“Alhamdulillah, one step closer,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Memetik laporan Harian Metro, majlis tersebut dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak yang berada di Selangor dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Bagi ahli keluarga yang berada di Negeri Sembilan, mereka tak dapat hadir kerana masih belum dibenarkan merentas negeri. Namun, kami berkomunikasi menerusi panggilan video Facetime," katanya kepada Harian Metro.
Perkenalan Harith dan Nuramalina atau Lee, 29, bermula ketika mereka menjalani penggambaran video muzik lagu popular itu sekitar tahun lalu.
"Kami mula rapat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu. Lee juga membintangi video muzik lagu Cute dan single kedua saya iaitu Tak Tahu.
"Pada awalnya, saya dapat rasakan ada keserasian antara kami. Tak sangka pula keserasian itu membawa kami sehingga ke fasa ini," katanya.
Tambah Harith, mereka merancang untuk berkahwin dengan secepat mungkin tetapi masih belum menetapkan tarikh.
"Tarikh majlis perkahwinan belum ditetapkan. Tapi, kata orang, lagi cepat, lebih bagus. Insya-Allah, kami akan berkahwin dalam tahun ini sekiranya tiada aral melintang," katanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live