Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Haritu Dah Tebuan Kali Ini…” - Tragedi Raya Harris Annuar, Mata Sampai Berbalut

Mya Amri
07/05/2022 06:30 MYT
Pelakon Harris Annuar mendapat perhatian netizen selepas mendedahkan foto matanya berbalut dengan kain.

Menurut Harris, dia pasrah dengan kejadian malang kali kedua yang berlaku pada dirinya.

“Hari itu dah tebuan kali ini haihhh. Itulah orang cakap jangan main basikal waktu-waktu raya degil.

“Tragedi malam raya kedua. Alhamdulillah tiada kecederaan yang serius. Calar sikit saja,” katanya.

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga mendoakan kesembuhan Harris.

Antaranya Catriona Ross, Hun Haqeem dan Ozlynn.

“Ya Allah semoga cepat sembuh,” komen pereka fesyen, Hatta Dolmat.

“Weh apa sudah jadi,” komen Ozlynn.

“Harap mata awak okay ya Aboy,” komen Catriona Brian Ross.

Bagaimanapun dalam perkembangan terkini hari ini Harris memaklumkan sakitnya itu sudah hampir sembuh.

“Okay muka dah okay sikit. Cuma parut sahaja yang ambil masa sikit,” maklumnya.

Sebelum ini, Harris mendapat perhatian netizen kerana disengat lebah sehingga menyebabkan bibirnya bengkak teruk.

#Cedera #Harris Annuar #Raya 2022 #Mata Berbalut
;