“Haritu Rasa Macam Kena Cekik!”- Noryn Aziz Dedah Pengalaman Ketika Di Gegar Vaganza 5

Syafiqah Jalal
Oktober 21, 2020 10:00 MYT
Penyanyi Noryn Aziz mengakui terima banyak lagu yang mencabar vokalnya ketika berada di dalam program realiti Gegar Vaganza 5 (GV5).
Noryn yang merupakan juara GV5 itu mendedahkan salah satu lagu yang paling mencabar untuk dipersembahkan adalah Kabut Serangkai Mawar nyanyian asal Zaiton Sameon.
“Sempena demam GV7 ni saja nak kongsi persembahan lagu paling susah saya dapat masa GV5 antaranya rap, dangdut semua susah lah. Kenanya bukan my forte.
“Cikgu Shafi banyak tolong dan pengurus saya Kak Suraya.
“Ketika menyanyikan lagu Kabut Serangkai Mawar kami membuat keputusan untuk lagu ni kita dramatikkan dia.
“Haritu rasa mcm kena cekik sebab tinggi sangat lagu ni. Saya harus kata Gegar Vaganza merupakan tempat untuk cabar diri sebagai seorang penghibur dan untuk jadi lebih baik.
“Selamat mahu jaya untuk semua peserta GV7,” katanya.
Norynn berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia turut mengimbas kenangannya di dalam program tersebut degan memuat naik video rakaman persembahan ketika menyanyikan lagu Zaiton Sameon itu.
GV7 menampilkan 14 bintang iaitu Mus, Noraniza Idris, Yantzen, Ayu Damit, Rozita Izlyn, Haslienda, Linda Nanuwil, Asyira, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Oja, Aju (vokalis kumpulan Success) Nomad, Indigo dan Eva.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Rangkaian program GV7 bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
#Gegar Vaganza #GV #Noryn Aziz