Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"

Firdaus
26/04/2024 07:32 MYT
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat.

Timang Anak Lelaki

Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki.

"Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eevie)? Lepas ni kita pergi tengok adik," ujarnya.

Tak Dapat Bersama Intan

Sementara itu dalam hantaran sebelumnya, Harris menjelaskan dirinya tidak dapat bersama dengan Intan di hospital kerana perlu menjaga anak sulung mereka, Eevie Khadeeja.

"Sekarang ni Intan ada dekat hospital, doktor cakap dia akan bersalin tak lama lagi. Nak minta orang ramai doakan yang terbaik dan segala urusan dipermudahkan. Harris tak dapat teman Intan kali ini sebab kena jaga Eevie," katanya.

Sekadar info, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata.

BERITA TRENDING: "Akan Lengkap Sepasang" - Intan Ladyana, Harris Alif Bakal Timang Anak Lelaki

BERITA TRENDING: Hamil Anak Kedua, Intan Ladyana Alami Alahan Teruk - “Jadi Double Penat…”

Sumber: Instagram
#Anak #Selebriti #Artis #Intan Ladyana #Alif #hiburan #Harris
;