Laman Utama

Harry Styles Dibaling Nugget Ketika Menyanyi!

Maliah Surip
30/08/2022
14:51 MYT
Penyanyi Harry Styles memang seorang yang ‘cool’. Mana tidaknya, walaupun dibaling oleh peminat dengan nugget ayam sewaktu melakukan persembahan di Madison Square Garden, New York, bekas anggota One Direction ini tetap ‘menyambutnya’ dengan baik.
Kejadian tersebut berlaku pada malam hujung minggu lalu. Styles sempat menghentikan sekejap persembahannya untuk berinteraksi dengan peminat yang hadir.
“Siapa yang baling nugget ayam?” tanyanya sambil tersenyum. Dia kemudian mengambil nugget ayam yang berada di atas pentas untuk ditunjukkan kepada penonton.
Malah bukan sekali penyanyi lagu As It Was ini dibaling dengan nugget ayam. Sepanjang dia meneruskan persembahannya, Styles terus ‘dihujani’ dengan beberapa lagi nugget ayam, lapor TMZ.
“Ini nugget ayam lagi!”katanya. Kemudian ada penonton menyuruhnya memakan nugget yang dibaling ke atas pentas.
Tapi dengan selamba, Styles menjawab: “Saya tidak makan ayam, maaf! Saya tidak makan daging.”
Styles kemudian membaling semula nugget tersebut kepada penonton di bawah, namun mengingatkan mereka untuk tidak memakan makanan segera tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Hollywood

Keanu Reeves Sentiasa Ingat Mati, Minta Semua Hargai Hidup

gempak
25/07/2024
14:21 MYT
Aktor Keanu Reeves telah melalui episod kehilangan ramai orang yang disayangi dalam hidupnya.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.