Skip to main content

Berita Tempatan

Harry Tidak Mahu Lagi Digelar Putera

harrybefunky-collage.jpg
Anggota keluarga diraja Britain, Putera Harry tidak mahu lagi digelar putera selepas membuat keputusan untuk keluar dari institusi Diraja Britain baru-baru ini.

Memetik laporan Town & Country, Harry menyuruh seorang pengacara majlis, Ayesha Hazarike yang dihadirinya di Scotland untuk hanya memanggilnya Harry, tanpa sebarang gelaran diraja.

"Harry mahu bercakap beberapa perkara, dia juga telah menyatakan dengan jelas yang dia tidak mahu lagi digelar Putera.

"Mari kita ucapkan selamat datang kepada Harry!" kata dalam program yang diacarakannya itu.



Terdahulu, Harry dan isterinya Meghan Markle mengumumkan mereka mahu keluar dari institusi Diraja Britain pada awal tahun ini.

Menurut pasangan ini, mereka mahu hidup dengan wang hasil pencarian sendiri dan tidak lagi bergantung kepada cukai yang dibayar rakyat.

Sumber : Town & Country

Advertisement

Must-Watch Video