Harta Disita Gara-Gara Adik Sendiri, Irwansyah Tarik Balik Laporan Polis?
Asraf Aided
08/01/2022 03:44 MYT
08/01/2022 03:44 MYT
Baru-baru ini, kecoh apabila adik selebriti terkenal Indonesia Irwansyah, Hafiz Fatur dilaporkan terlibat dengan kegiatan penyelewengan wang.
Salah seorang mangsa adalah Irwansyah sendiri apabila Hafiz Fatur didakwa memalsukan dokumen dan tandatangan abangnya itu untuk membuat pinjaman bank berjumlah 2 bilion Rupiah (RM600,000).
Akui terkejut dengan apa yang terjadi, penyanyi yang popular dengan lagu Pencinta Wanita itu sebelum ini telahpun membuat laporan polis.
Bagaimanapun, menerusi laporan Liputan6, pihak Irwansyah kini mahu menarik balik laporan terhadap adiknya itu.
"Kemungkinan akan kami lakukan penundaan atau tarik balik laporan," kata Zakir Rasyidin selaku peguam mewakili Irwansyah.
Namun setakat yang dilaporkan semalam, Zakir masih belum membuat penarikan semula laporan terhadap Hafiz Fatur.
"Kami baru mengirimkan surat berkaitan penundaan pemeriksaan dan sekaligus menyampaikan bahawa klien kami memilih fokus ke jalur pendeta (tindakan sivil)," katanya lagi.
Terdahulu, media melaporkan rumah dan kereta mewah milik Irwansyah disita gara-gara perbuatan adiknya itu.
Sumber: Liputan6