Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Haru La Hang Mat Yip!” - Netizen Terhibur Gelagat Syeriv Cuba Susukan Sarima

Mya Amri
14/06/2019 15:13 MYT
Gelagat anak pasangan pelakon Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, Syeriv Samheizy menarik perhatian netizen.

Menerusi satu foto yang dimuat naik di entri terbaru akaun Instagram Syeriv merakamkan gelagatnya yang sedang berusaha untuk menyusukan adiknya, Sarima Samheizy.

Foto tersebut menunjukkan Syeriv mendakap dan memegang kepala Sarina yang diletakkan dibahagian dadanya seakan-akan menyerupai ibu sedang menyusukan anak.

Kapyen yang ditulis juga agak lucu membuatkan netizen berasa terhibur dengan gelagat Syeriv.

“Hang tak da choc chip kat dada, tak payah berangan ada susu. Kalut tonyoh kepala adik dia nak bagi susu,” tulisnya.

Hang xdak choc chip kt dada,xpyh berangan ada susu.. kalut tonyoh kepala adik dia nk bgi susu?? #chocolatekeliru

A post shared by SyerivSamheizy B. ShaheizySam (@syeriv_samheizy) on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata menyakat Syeriv yang perangainya dikatakan sama seperti Syatilla.

Terdahulu, Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017 dan Sarima Samheizy pada 17 April lalu.

#“Sarima #“Syatilla #“Syeriv #Melvin” #Samheizy”
;