Hiburan
Harumkan Nama Malaysia, Petikan gitar Anwar Amzah dapat perhatian Ali Gatie
Seorang YouTuber bernama Anwar Amzah mengharumkan nama Malaysia apabila petikan gitarnya menerusi lagu It’s You mendapat perhatian penyanyi asalnya, Ali Gatie.
Berkongsi momen itu di laman Twitternya, Anwar atau nama sebenarnya, Mohamed Anwar Amzah, 22, memuat naik video petikan gitar berdurasi hampir dua minit itu pada 25 Jun yang lalu.
Semalam, video tersebut telah mendapat perhatian penyanyi asal, Ali Gatie yang turut terpersona dengan petikan gitar Anwar.
“I Love You Malaysia,” tulis Gatie sambil mengulang kicau video Anwar.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apa yang menggembirakan hatinya lagi apabila Anwar turut menerima satu mesej peribadi daripada Gatie yang memahukan video tersebut.
"Terkejut dan mengeletar juga saya nak balas mesej tersebut," katanya menerusi Astro AWANI.
Malah, Anwar turut berterima kasih kepada semua netizen yang membantu mempromosikan video tersebut hingga mendapat perhatian Gatie.
Lebih membanggakan apabila Gatie sendiri telah memuat naik video Anwar tersebut di Instagramnya.
“Wow, I am seriously speechless… @anwaramzah, Malaysia,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Video Anwar di Instagram Gatie itu sehingga kini telah menerima hampir 200,000 tontonan.
Selain lagu It’s You, Anwar turut memukau dengan petikan gitarnya menerusi lagu Shawn Mendes, Faizal Tahir, Hael Husaini, Andi Bernadee, Naim Daniel dan banyak lagi.
Dia kini mempunyai hampir 43,000 pengikut di laman YouTube.