Harumkan Nama Malaysia! Video Epik Pengacara Ini Menang Cabaran 'Sejuta Dolar' Oleh...

Hanafis Haris
Februari 3, 2020 10:24 MYT
Malaysia pastinya menjadi tumpuan dunia ketika ini apabila pengacara terkenal, Baki Zainal memenangi cabaran video 'Sejuta Dolar' yang dianjurkan syarikat kamera video lasak, GoPro.
Video Baki menjadi antara sebahagian 56 video daripada 42,000 penyertaan yang berjaya menawan hati juri.
Difahamkan, kesemua penyertaan itu membabitkan peserta daripada 104 negara secara keseluruhannya.
Menerusi video yang dihantar oleh Baki, pengacara itu banyak memaparkan keseronokan sepanjang bermain gelongsor air di Escape, Pulau Pinang.
Anda boleh lihat video penuh di bawah.
Untuk makluman, setiap pemenang bakal memperoleh wang tunai melibatkan nilai keseluruhan sebanyak AS$1 juta (RM4,085,361.02) atau AS$22,222 (RM90,800.94) setiap seorang.
Difahamkan kesemua video yang dipilih itu telah dirakam menggunakan peranti terbaru GoPro iaitu HERO8 Black + Max.
Sementara itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah ke atas kemenangan tersebut.
Kebanyakan mereka menganggap Baki telah mengharumkan nama negara, sekali gus memberi pendedahan kepada masyarakat luar untuk mengenali Malaysia. nbsp;
#Viral #Viral #GoPro