Umum tahu, pelakon dan usahawan Tya Ariffin kini sudah tampil dengan penampilan baru iaitu berhijab.

Menurut Tya, perancangan untuk berhijrah hadir tanpa dirancang dan tiada sebarang persiapan.

"Kebelakangan ini ramai sekali yang bertanya dan ia juga mendoakan Tya, Alhamdulillah terima kasih banyak kepada semua keluarga, kawan, rakan media dan followers Tya yang mendoakan kebaikan untuk Tya.

"Baik, di sini Tya hendak berkongsi sedikit cerita. Pada satu pagi 2 Februari sebelum keluar rumah, Tya terdetik untuk mengenakan hijab.

"Tanpa sebarang persiapan, Tya just decide untuk cuba pakai hijab. Tya bagitau Asyraf, B jangan post ya gambar I ni kerana I belum sedia tapi Asyraf tersenyum lebar sambil mengucapkan Alhamdulillah," kongsinya di Instagram (IG).



Dalam pada itu, isteri kepada anak tiri penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid menyatakan dia masih dalam proses untuk belajar memperbaiki diri.

"Sebenarnya, Asyraf dan Prof Muhaya sudah bagi hint pada Tya untuk sempurnakan pakaian Tya.

"Tapi Tya masih belajar dan Tya masih dalam proses untuk memperbaiki diri. Kerana bagi Tya, perubahan ini harus muncul dari diri sendiri dulu.

"Alhamdulliah, Allah bagi Tya kekuatan dan keluarga juga support keputusan Tya untuk bertudung.

"Malah orang sekeliling juga sangat sokong Tya dan Tya bersyukur sangat.

"Misi Tya adalah untuk membantu ramai wanita di luar sana dan Impian Tya dengan Asyraf sangat besar, jadi Tya harus lakukan segala perintah Allah dan tinggalkan segala larangan Allah, mudah mudahan, Allah redha dengan segala yang Tya lakukan.

"Tya juga bersyukur pada Allah kerana telah memberi Tya segala-gala nikmat di dunia.

"Tya ada keluarga yang baik, perniagaan Mutyara yang baik dan sedang berkembang dengan sangat laju, jadi Tya nak perbaiki diri untuk lebih baik. Allah sudah sangat baik pada Tya.

"Tya minta, semua doakan Tya kekal Istiqomah, dan untuk Tya dan keluarga lebih berjaya dan maju lagi untuk ke depan ini.

"Terima kasih kepada semua yang dah support Tya. I love you all!" tulisnya lagi.

Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin telah mendirikan rumah tangga dengan Asyraf pada 1 November 2015.

Menerusi perkongsian hidup itu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

Belakangan ini ramai sekali yang bertanya dan ianya juga mendoakan Tya, alhamdulillah terimakasih banyak kepada semua keluarga, kawan, rakan media dan followers Tya yang mendoakan kebaikan untuk Tya. Baik, disini Tya hendak berbagi sedikit cerita. Pada satu pagi 2 February, Sebelum keluar rumah, Tya terdetik untuk mengenakan Hijab. Tanpa sebarang persiapan, Tya just decide untuk cuba pakai Hijab. Tya bgtau Asyraf ‘B jangan post ya gambar i ni kerana i belum ready’, tapi Asyraf tersenyum lebar sambil mengucapkan Alhamdulillah. Sebenarnya, Asyraf, & Prof Muhaya sudah bagi hint pada Tya untuk sempurnakan pakaian Tya. Tapi Tya masih belajar, & Tya masih dalam process untuk memperbaiki diri. Karna bagi Tya, perubahan ini harus muncul dari diri sendiri dulu. Alhamdulliah, Allah bagi Tya kekuatan, & keluarga juga support keputusan Tya untuk bertudung. Malah orang sekeliling juga sangat support Tya & Tya bersyukur sangat. Misi Tya adalah untuk membantu ramai wanita di luar sana, & Impian Tya sama Asyraf sangat besar, jadi Tya harus lakukan segala perintah Allah & tinggalkan segala larangan Allah, mudah mudahan, Allah redha dengan segala yang Tya lakukan. Tya juga bersyukur pada Allah kerana telah memberi Tya segala-gala nikmat di Dunia. Tya ada Keluarga yang baik, perniagaan Mutyara yang baik & sedang berkembang dengan sangat laju, jadi Tya nak perbaiki diri untuk lebih baik. Allah sudah sangat baik pada Tya. Tya minta, semua doakan Tya kekal Istiqomah, & untuk Tya & keluarga lebih success dan maju lagi untuk ke depan ini. Terima kasih kepada semua yang dah support Tya. I love you all! -Tya Arifin- (1/3)

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on