,
Laman Utama

“Harus Menjaga Maruah…”- Mohon Maaf Kisah Percintaan Viral, Iqbal Putus Asa Kahwin Vida?

Syafiqah Jalal
18/09/2021
01:37 MYT
Usahawan muda, Iqbal Zulkefli memaklumkan dia tidak akan lagi memaksa jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), mendirikan rumah tangga dengannya.
Kata Iqbal keputusan itu dibuat demi menjaga maruah dirinya yang selama ini dilihat telah lama mengimpikan perkahwinan bersama Vida.
“Saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hubungan saya dengan DSV. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi berkeras mahu menjadikan DSV sebagai isteri, seandainya beliau masih tidak menuju ke arah itu.
“Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah,” katanya.
Iqbal menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram (IG) Story miliknya.
Pun begitu, Iqbal yang juga bekas pembantu peribadi Vida pada tahun 2016 itu sekali lagi mengingatkan kisah percintaannya bukan tujuan marketing.
“Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar beliau ada selitkan promosi produk dan saya beritahu DSV, jika saya lebih dikenali saya mahu bantu naikkan sales syarikatnya.
Bagaimana pun, Iqbal memberitahu dia masih menyayangi Vida dan reda jika mereka tiada jodoh.
“Saya tetap menyayangi beliau seperti biasa. Saya reda jika kami tiada jodoh. Saya fikir ini bukan terlalu awal saya mengalah. Setiap waktu saya serius katakana bahawa saya mahu berkahwin.
“Saya banyak perjuangkan hubungan ini, namun saya risau cinta beliau tidak seteguh seperti pengorbanan saya.
“Saya risau disaat saya sakit dan jatuh adakah beliau sanggup ada bersama saya,” luahnya lagi.
Kisah hubungan cinta Iqbal dan Vida hangat diperkatakan sejak kurang sebulan lalu namun perkahwinan mereka dihalang oleh anak sulung jutawan kosmetik itu iaitu Cik B yang berkeras tidak bersetuju.
BACA: “Kami Hampir Nak Kahwin,” - Tak Kisah Jarak Usia 22 Tahun, Iqbal Akui Terpaut & Sayang Pada DSV, Tapi…
Baca: Kalau Vida Jadi Kahwin, Cik B Takkan Panggil Iqbal 'Ayah' - "Saya Tak Selfish, Tapi Saya Akan Panggil Dia ..."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mesra Berpegangan Tangan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Temui Cinta Di Jakarta?

gempak
14/11/2024
21:55 MYT
Nama pempengaruh Ameera Khan kembali menjadi perbualan hangat di media sosial selepas tular video manis nya bersama aktor Indonesia, Jefri Nichol.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Berita

Cinta Tak Berbalas, Punca Dua Beranak Dibunuh

gempak
11/11/2024
18:55 MYT
Cinta tidak berbalas merupakan punca dua beranak dibunuh di hadapan sebuah lif sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Bandar Baru Farlim di sini pada Khamis lalu.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

One In A Million! Netizen Gembira Ina Naim Kembali Jadi Isteri, Puji Suami Baharu Seorang ‘Gentleman’ – “Sekali Lagi Allah Temukan Dia Dengan…”

gempak
10/11/2024
23:50 MYT
Umum mengetahui balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu, Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Shukor, pada Jumaat lalu.
Unitar