Laman media sosial Twitter sekali lagi kecoh apabila satu hashtag atau tanda pagar secara tiba-tiba viral dan trending.

Tanda pagar tersebut adalah #SiBodohKauDengarSini dan sehingga artikel ini ditulis ia telah digunakan sebanyak lebih 10,000 kali.

Menerusi pemantauan Gempak, tanda pagar tersebut mula viral selepas ia diambil daripada posting seorang pengguna Twitter.

Menerusi posting tersebut, gadis berkenaan pada awalnya menempelak sistem tempoh perniagaan yang beroperasi daripada 11 pagi hingga 8 malam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Si bodoh, kau dengar sini. Dengan business hour dari 11 pagi hingga 8 malam tu seluruh rakyat Malaysia ni order dalam tempoh itu.

“Kau tahu tak sampai ‘hang’ mesin foodpanda dan grab tu. Orang balik kerja tak ada masa nak masak sebab awal pagi dah kena pergi kerja,” katanya.

Posting berkenaan viral dan kemudian ayat ‘Si bodoh kau dengar sini’ terus dijadikan tanda pagar.

Ada yang keliru dan tidak kurang juga tertanya-tanya mengapakah tanda pagar itu viral.

Anda boleh lihat posting asal yang mencetuskan kemeriahan tersebut.



Artikel ini tidak mewakili atau mencerminkan pandangan Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.