Pelawak Amir Raja Lawak bersyukur kerana dapat memiliki sebuah kereta tempatan jenama Perodua di awal tahun 2023.

Amir berterima kasih kepada semua yang menyokong perniagaannya iaitu air jagung serta memberi kepercayaan kepadanya selama ini dengan memberi tawaran berlakon sehingga dia berjaya membeli sebuah kereta.

"Alhamdulillah,syukur rezeki pembukaan tahun 2023.

"Terima kasih yang support saya beli @airjagungamirreka_hq dan kongsi rezeki shooting dengan saya. Ini adalah hasil dari anda yang ikhlas support dan percaya dengan saya.

"Didoakan semoga kita semua dilimpahkan rezeki,sihat selalu,disembuhkan sebarang penyakit dan terus sukses," katanya.

Amir berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran berkenaan dia memuat naik fotonya bersama sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna hitam diletakkan reben merah di atasnya.

Namun apa yang membuatkan pengikut laman sosialnya serta rakan artis tertarik adalah nombor plat yang tertulis namanya AMER12.

"Pergh nombor plat mahal," komen pelakon Bell Ngasri.

"Nak beli kereta ni sebab nomnot plat je ni," sangka salah seorang netizen

"Tahniah Amir kereta baru nombor plat pun cun," ucap salah seorang warga maya.

Amir yang memulakan perniagaan menjual air jagung sejak beberapa tahun lalu itu sudah mendirikan rumah tangga dengan Nur Intan Syafinaz pada tahun 2014.

A post shared by Fb/Ig : Air Jagung Amirreka Hq (@amirrajalawak)