Hasil Jualan Make Up, MUA Bellaz Sumbang RM20,000 Pada Palestin - “Inilah Cara Bantuan Dapat Kami Lakukan”
Mya Amri
17/05/2021 12:15 MYT
17/05/2021 12:15 MYT
Jurusolek popular, MUA Bellaz memberikan sumbangan sebanyak RM20,000 hasil jualan produk kosmetik miliknya, Bellaz Beauty HQ kepada tabung Palestin.
Bellaz berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Bellaz, ini merupakan antara cara atau pun inisiatif pihaknya untuk membantu rakyat Palestin.
“Ya Allah ini lah cara bantuan yang kami dapat lakukan walaupun jauh dari mereka... Kau lindungilah mereka saudara-saudaraku di Palestine... Amin.
“Siapa yang mencari akaun mana yang nak di bankin nak bantu, Bellaz ada letak di bawah nanti kongsi dekat kawan-kawan yang mencari,” tulisnya.
Menerusi hantaran itu juga, Bella turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan kepada produk kecantikannya.
“Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi diatas kurniaan rezeki pinjamannya buat saya dan keluarga. Kedua syukur pada semua yang mana support Bellaz membeli barangan dari @bellazbeautyhq.
“Tanpa anda tak mungkin Bellaz dapat sumbangkan buat saudara kita di Palestin, hampa banyak support Bellaz. Semoga ada pahala sumbangan buat kita semua... Amin,” coretnya.
Selain Bellaz, personaliti media sosial iaitu Khairul Aming juga turut menghulurkan sumbangan hasil jualan sambalnya berjumlah RM10,000 kepada tabung Palestin.
BACA: “Harap Ringankan Beban Saudara Di Sana”- Hasil Jualan Sambal Khairul Aming Derma RM10K Pada Palestin.