Laman Utama
Hasil Kerja Keras 14 Tahun, Atta Halilintar Bina Istana Untuk Anak Bakal Lahir - Dilengkapi Padang Futsal & Kolam Renang
Selebriti sensasi Atta Halilintar dan isteri Aurel Hermansyah sudah bersedia menyambut kelahiran bayi perempuan pertama mereka dengan membina sebuah rumah agam bak istana.
Memetik laporan Kapan Lagi, rumah yang dikenali sebagai Rumah Baby AHHA yang bakal siap tidak lama lagi dibina semewah sebuah hotel lima bintang di Bali.
Dengan hasil kerja kerasnya selama 14 tahun, Atta dan Aurel berkongsi video pembinaan rumah baru mereka untuk tatapan umum.
Difahamkan pembinaan rumah AHHA yang mula dibangunkan sejak tahun 2020 itu tertangguh sebentar berikutan pandemik yang melanda.
Diilhamkan daripada idea selebriti Raffi Ahmad, rumah ini bakal mempunyai ruang bawah tanah untuk menjadi ruang parkir bagi koleksi kereta Atta.
Selain itu, dia turut dilengkapi dengan kemudahan lif bagi urusan turun naik yang lebih lancar dan cepat.
Namun, ruang bawah tanah bukanlah satu-satunya kemudahan yang menjadikan rumah tersebut mewah. Atta turut menyediakan bilik-bilik untuk dihuni oleh pekerjanya di ruangan bawah tanah.
Tingkat bawah itu juga akan berfungsi sebagai ruang pejabat dan urusan pekerjaan.
Sementara itu, bahagian atas akan menjadi zon khusus buat seisi keluarga.
Di tahap yang sama juga akan disediakan bilik pelbagai hiburan, termasuklah arena billiard, kolam renang, serta jakuzi.
Di ruang atas rumah ini pula akan dilengkapi dengan bilik solat serta padang futsal.
Pada Ogos lalu, Aurel mengumumkan dirinya hamil setelah kandungannya melepasi trimester pertama.
Terdahulu, pada Mei lalu Aurel yang juga anak kepada Krisdayanti dan Anang Hermansyah mengalami keguguran selepas mengalami pendarahan teruk.
Sekadar info, Aurel, 23, dan Atta, 27, diijabkabul di Hotel Raffles Jakarta pada 3 April lalu.
Must-Watch Video