Penyanyi Lan Solo berkongsi perkembangan terbaharu mengenai pembinaan rumah barunya.

Menurut Lan, rumah tersebut sebenarnya telah dibina secara berperingkat bermula tahun 2017 namun tergendala sementara waktu disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan akibat COVID-19 yang melanda negara.

“Projek yang bermula hujung tahun 2017. Buat sikit-sikit. Stop sambung stop sambung tambah PKP dua tahun.

“Alhamdulillah dah nampak masa depan dah. Insya-Allah, sikit lagi ya anak-anak daddy, mummy. Doa banyak-banyak okay! Bab-bab lain daddy mummy usahakan,” coretnya di hantaran terbaharu Instagram.

A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, ramai rakan selebriti juga mengucapkan tahniah kepada Lan antaranya penyanyi terkenal, Liza Hanim.

Liza menyatakan rasa bangga dengan kejayaan Lan yang berjaya memiliki banglo dengan hasil usaha kerasnya.

“Proud of you guys!!“ ucapnya.

Selain itu, Datuk Vida, Fiza Halim, Sharifah Shahirah, Aidid Marcello dan Black juga turut mengucapkan tahniah.

Untuk info, selain menyanyi Lan dan isterinya juga menjalankan perniagaan kedai runcit, Solo Borneo Mart yang kini semakin maju.

Solo Borneo Mart menjual produk makanan dan minuman dari Sabah serta Sarawak.