Hasil Selfie Cantik, Dahlia Rizal Kongsi Setting Camera Pada iPhone  - “Alhamdulillah Saya Punya Ok Sikit…”

Izwan Isa
Disember 8, 2023 02:55 MYT
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ramai dalam kalangan netizen, terutama pengguna iPhone membahaskan tentang kualiti kamera hadapan telefon pintar tersebut.

BERITA TRENDING: Dahlia Rizal Dah Lama Impikan Majlis Resepsi Tema Bollywood - "Tak Risau Sebab Keluarga Imran Ada…"

Menerusi diskusi yang dibuat di platform X, kebanyakan pengguna iPhone bersetuju yang hasil gambar daripada kamera hadapan siri iPhone terbaharu begitu berkualiti, sehingga segala cela wajah muncul pada selfie yang dihasilkan.
Ada juga yang berpendapat siri iPhone terdahulu menghasilkan selfie yang lebih cantik dan tidak menunjukkan cela wajah secara keterlaluan.
Namun, pempengaruh Dahlia Rizal berkata, hasil selfie kamera hadapan iPhone miliknya boleh dikategorikan sebagai okey.

Alhamdulillah saya punya ok la sikit?‍?, maybe sbb setting lain or lighting https://t.co/b2M3I11FrV pic.twitter.com/k3XmIMBCFM

— indo mie (@DahliaRizal) December 6, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Alhamdulillah saya punya ok la sikit, maybe sebab setting lain or lighting,” katanya.
Namun, seorang pengguna platform X mengulang siar hantaran Dahlia dan berkata: “Rasa tak payah kot caption macam tu.”

BERITA TRENDING: Nasi Goreng Ikan Masin Hidangan Pertama Dahlia Rizal Untuk Suami

Sungguhpun individu tersebut menerima kecaman kerana dilabel ‘kurang senang’ dengan perkongsian tersebut, Dahlia membalas dengan berkongsi tetapan kamera agar selfie yang dihasilkan kelihatan sempurna.

Aik caption suggest gitu pun tak leh??? Anyway ni settings i? https://t.co/E1kTQk8CUp pic.twitter.com/AnzLHJQqCi

— indo mie (@DahliaRizal) December 7, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Selfie #Dahlia Rizal