Pelawak dan penyampai radio ERA, Fad Bocey berkongsi berita gembira kerana impian untuk membeli rumah sendiri tercapai pada usia 27 tahun.

Fad melahirkan rasa syukurnya menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto rumah barunya.

Alhamdulillah .impian kami bersama .hasil peluh menitik ,hasil tk tdo malam ,hasil kadang2 tk pkir makan sbb nk cri duit dan hasil kami tahan nafsu dri buang duit utk bnda tk berfaedah(tapi tdi dh buang duit sbb belikan fifa19?) .tak semua tau pengorbanan daddy utk kami anak beranak .ni rezeki hayyan zayyan dan aminah .rumah yg mmg mommy impikan utk keselesaan anak2 mommy .mana tau satu hari nt mommy daddy tkda ,ni la tempat korang berlindung .daddy birthday mommy bulan 10 ,jangan ingat ni hadiah birthday eh ??????

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on


Fad juga menyifatkan rumah yang dibelinya itu merupakan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya.

Rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah kepada Fad dan ada turut berasa kagum dengannya.

"aididmarcello: Caption terbaik @fadbocey!! Apapun dalam kejayaan kita mmg tak boleh lupa pada pembakar semangat kita, anak-anak, bini, yang dok selalu faham kita..Alhamdulillah Fad!! Terbaik. Lepas ni kena ajaq anak-anak kita hargai dan lebih pandai menilai setiap satu benda kan."

"@haniszalikha: Syukur nikmat yang Allah hadiahkan atas usaha yang kuat."

"@fateenmay: Syukur Alhamdulillah, ada duit fad beli rumah untuk anak-anak, itulah yang penting tempat berlindung, mudahan fad dan isteri serta anak-anak kekal hingga ke jannah. Amin Ya Robbal Alamin. Suka tengok artis yang pentingkan keluarga."

"@aminuddin39: Boleh jadi inspirasi anak muda. Biar orang nampak kita susah tapi dalam kesusahan kita sedang mencari kesenangan."