"Hasil Tak Fikir Makan & Tahan Nafsu" - Fad Bocey Beli Rumah Sendiri

Zulaikha Yusof
September 28, 2018 08:54 MYT
Pelawak dan penyampai radio ERA, Fad Bocey berkongsi berita gembira kerana impian untuk membeli rumah sendiri tercapai pada usia 27 tahun.
Fad melahirkan rasa syukurnya menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto rumah barunya.
Fad juga menyifatkan rumah yang dibelinya itu merupakan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya.
Rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah kepada Fad dan ada turut berasa kagum dengannya.
"aididmarcello: Caption terbaik @fadbocey!! Apapun dalam kejayaan kita mmg tak boleh lupa pada pembakar semangat kita, anak-anak, bini, yang dok selalu faham kita..Alhamdulillah Fad!! Terbaik. Lepas ni kena ajaq anak-anak kita hargai dan lebih pandai menilai setiap satu benda kan."
"@haniszalikha: Syukur nikmat yang Allah hadiahkan atas usaha yang kuat."
"@fateenmay: Syukur Alhamdulillah, ada duit fad beli rumah untuk anak-anak, itulah yang penting tempat berlindung, mudahan fad dan isteri serta anak-anak kekal hingga ke jannah. Amin Ya Robbal Alamin. Suka tengok artis yang pentingkan keluarga."
"@aminuddin39: Boleh jadi inspirasi anak muda. Biar orang nampak kita susah tapi dalam kesusahan kita sedang mencari kesenangan."