Penyanyi, Wani Kayrie tidak menyangka impian untuk memiliki kereta sendiri akhrinya terlaksana.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Syafirah Abdullah berkongsi, kereta mewah jenis Mercedes-Benz itu dibeli hasil titik peluh bekerja tanpa mengira masa.

“Alhamdulillah terima kasih atas rezeki ini Ya Allah. Lama mengidamkan untuk ada kereta sendiri bagi urusan harian.

“Hasil titik peluh kerja pagi balik pagi, back-to-back kerja sampai sakit. Semoga dengan hadiah ini menjadikan diri ini untuk lebih kuat berusaha mencari rezeki dan memberi ke depannya. Truly, trust the beautiful process of life,” coretnya di Instagram.

Menerusi hantaran yang sama, Wani juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan dirinya.

“Terima kasih semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Di sebalik kejayaan Wani, terselit nya doa-doa dari anda semua.

“Semoga yang baik-baik saja untuk kalian. Thank you mama @kaysabah for the surprise,” tulisnya.

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)


Di ruangan komen, rakan artis juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Wani.

Antaranya Janna Nick, Wanna Ali, Elisya Sandha, Sarah Suhairi, Andy Bernadee dan Achey.