Laman Utama

Hasilkan 12 Filem 2 Tahun - "Ini Inisiatif Kami Untuk Membantu Rakan-Rakan Industri..."

Fiza Kamarudin
08/09/2021
10:45 MYT
Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian usaha sama multi-filem dengan komitmen untuk menghasilkan bersama 12 filem dalam tempoh 24 bulan akan datang.
Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim berkata, hasil produksi itu diharap dapat membaik pulih industri perfileman tempatan yang telah terjejas teruk kerana wabak Covid-19.
Katanya, ia bukan sahaja akan memberi dorongan kepada industri filem dan produksi tempatan, tetapi juga akan memberi peluang untuk kandungan Malaysia dipersembahkan di peringkat antarabangsa.
Mengulas lanjut, Lim menambah, perjanjian itu menuju kepada visi syarikat untuk memperluas Tremendous Entertainment ke arah pendigitalan ketika pihaknya beralih dari pameran acara “stage play” untuk menghasilkan kandungan media digital ke filem.
“Kami teruja dapat bekerjasama dengan CL Hor dan Sara Nattaya Azmi dari Zebra Studio untuk menghasilkan dan membuat filem-filem ini dengan niat untuk mempamerkannya kepada dunia, kerana kami percaya bahawa kandungan yang dihasilkan oleh Malaysia berpotensi tinggi untuk berjaya di peringkat antarabangsa,” katanya.
Sementara, Pengarah dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi menyifatkan Tremendous Entertainment adalah salah satu syarikat hiburan terkemuka di Asia Pasifik yang telah menghasilkan dan mempersembahkan beberapa tajuk hiburan paling terkenal di dunia.
“Dengan usaha sama ini, kami berharap penghasilan 12 filem ini dapat membantu membina semula dan memudahkan pemulihan industri perfileman tempatan yang membolehkan kami bersama-sama mencipta lebih banyak kandungan global.
“Ia bertujuan untuk mendapatkan sorotan antarabangsa mengenai filem dialek khas seni dan budaya Malaysia dan memberi peluang kepada seniman tempatan kita untuk berjaya di peringkat global,” katanya.
Menerusi perjanjian itu, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio akan menghasilkan lima filem dialek Melayu di sekitar Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor, dan empat filem tempatan dialek Cina yang difokuskan di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
Di samping itu, akan ada tiga filem tempatan berbahasa Inggeris yang akan dihasilkan bersama dan difilemkan di negara jiran termasuk Korea, China, Indonesia, India dan banyak lagi sejumlah 12 filem dalam dua tahun yang akan datang.
Filem pertama dari 12 filem telah selesai dan penggambaran untuk filem kedua akan bermula pada bulan depan dengan penerbitannya bermula pada Oktober ini.
“Dengan inisiatif ini, kami ingin memberikan harapan dan sokongan kepada rakan-rakan industri kami semasa wabak ini merebak.
“Konsep saya adalah untuk membawa kandungan tempatan untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa dan menjadikan Malaysia tempat untuk menghasilkan kandungan antarabangsa,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Filem

Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, perkara ini memberi kesan besar dalam sektor perfileman tanah air.