Hasrat Saman Bapa Tidak Kesampaian, Wanita Ini Meninggal Dunia Disebabkan...
Gara-gara harta pusaka, seorang wanita sanggup sanggup memfailkan saman terhadap bapa kandungnya sendiri sebanyak tiga bilion rupiah (RM864,000) di Mahkamah Daerah Khas Bandung.
Menerusi laporan Kompas.com, Mastioh yang merupakan peguam menyaman bapanya, Koswara yang telah berusia 85 tahun.
Walaubagaimanapun, wanita itu meninggal dunia sehari sebelum sesi perbicaraan berlangsung di mahkamah.
Masitoh dilaporkan maut akibat serangan jantung dan dikebumikan semalam iaitu tarikh sama bagi perbicaraan kes di mahkamah berkenaan.
Anak kelima Koswara, Hamidah yang memimpin ayahnya ke mahkamah berkata, ayahnya baru mengetahui berita pemergian Masitoh selepas mahkamah berhenti bersidang dan tetap menziarahi pusara anaknya.
Sementara itu menurut peguam Masitoh iaitu Komar Sarbini, saman itu difailkan kerana Hamidah dan Koswara didakwa melanggar undang-undang kerana menafikan kontrak perjanjian berhubung pewarisan tanah.
"Mereka mengingkari perjanjian kontrak (sewa tempat) di Jalan AH Nasution Bandung. Selebihnya, akan diputuskan mahkamah," katanya.
Saman itu berhubung harta warisan seluas 0.3 hektar milik Koswara.