Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hasrat Termakbul, FTISLAND Minhwan Bakal Dapat Anak Perempuan Kembar

Mya Amri
09/01/2020 09:17 MYT
Impian anggota kumpulan FTISLAND Minhwan untuk memiliki anak perempuan kembar akhirnya menjadi kenyataan.

Berita gembira itu didedahkan sendiri oleh Minhwan menerusi program Mr.House Husband yang bersiaran baru-baru ini.

“Sebenarnya sewaktu diberitahu bakal menimang cahaya mata kembar, secara diam-diam saya sendiri berharap dikurniakan anak perempuan. Saya teringin untuk membelikan mereka banyak pakaian yang sedondon antara satu sama lain,” katanya.

Dalam pada itu isterinya, Yulhee juga berkongsi perasaan terujanya sewaktu mengetahui jantina kembar tersebut.

“Sebelum ini saya pun pernah beritahu mahukan anak perempuan dan tak sangka hasrat saya menjadi reality.

“Apabila saya mendapat tahu jantina anak, saya rasa seperti diawang-awangan. Rasa macam hidup saya dah sempurna, seperti sudah memiliki segalanya,” katanya sambil tersenyum.

Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2019.

Hasil perkahwinan itu, Minhwan dan Yulhee dikurniakan seorang anak lelaki.

Manakala tarikh jangkaan bersalin bagi anak perempuan kembar pula adalah pada Ogos depan.
#Artis Korea #FTISLAND #Minhwan
;