Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

Asyikin Mayudin
12/04/2024 06:32 MYT
Dugaan buat pelakon terkenal Fasha Sandha apabila dia dijangkit virus Covid-19 ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman suaminya, Aidil Aziz di Rembau, Negeri Sembilan.

Fasha menerusi Instagram pada Jumaat berkata dia mula melakukan pemeriksaan covid selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak raya pertama.

“Hati siapa yang tidak hancur... kisahnya sejak raya pertama terus bersin tanpa berhenti. Ingatkan nak selsema biasa saja... husnuzon.
13 jam dalam perjalanan dari Rembau, berhenti KL sekejap, sambung perjalanan ke Perlis.

“Makan apa-apa rasa tawar, hati ni tiba-tiba rasa tak sedap hati, terus pegi klinik dan check covid sebelum nak jumpa keluarga di Perlis. Ya benar, berjaya mendapat covid dari Rembau. Nasib la, pergi check, kalau tak check, makanya saya membawa virus ni ke semua di perlis.

“Dah la di Perlis ni ada ramai orang tua dan berisiko tinggi. Alhamdulillah Allah lindung diorng daripada Covid. Ini Dugaan raya kami,” kongsi Fasha turut berkongsi video dia menangis apabila mengetahui dirinya dijangkiti virus itu.

Pada perkongsian yang sama, Fasha mengakui dia berasa amat sedih apabila rancangannya untuk beraya bersama keluarga di kampungnya di Perlis hancur disebabkan sikap orang lain yang pentingkan diri sendiri.

“Sedih tak dapat beraya dengan keluarga perlis satu perkara. Lagi satu sedih teramat sebab 99 peratus di sana bila kami beritahu kena covid diorang mengganggap ni demam biasa saja.
Siapalah yang keluar beraya masa ada virus ni kan. Memanglah selfish.

“Kerana kau punya selfish, kau tahu kau tak sihat, tetap keluar beraya, pass virus pada orang lain. Hancur plan raya saya dengan keluarga Perlis saya.

“Hari ni sambung perjalanan kami ke KL, 10 jam lagi nak mengadap jalan jam,” ujarnya.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)


Beraya sambil kuarantin di rumah sehingga Ahad, Fasha turut menjelaskan dia berkongsi perkara itu kerana mahu memberi peringatan kepada pengikutnya agar sentiasa menjaga diri ketika menyambut hari raya.

“Dan inilah kisah raya kami keluarga kecil. Beraya sambil kuarantin sampai Ahad. Tak apa, kami berenam saja raya sambil kuarantin. Dugaan kami.

“Tujuan saya kongsi perkara ni adalah untuk memberikan peringatan pada followers saya... untuk stay safe. Pakai face mask, jangan bersentuh-sentuh sangat. Biarlah orang nak kata kita sombong daripada dapat penyakit untuk keluarga kita,” ujarnya.
#Fasha Sandha #Raya #COVID 19 #Beraya #Raya 2024
;