Daerah zon merah kembali meningkat kepada 10 kawasan berbanding 8 kawasan semalam, lapor Awani.

Ia berikutan dua daerah menyaksikan pertambahan kes aktif iaitu di Petaling sebanyak 43 kes dan Gombak (77 kes).

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan, lapan daerah yang kekal menjadi zon merah ialah Kepong dengan 84 kes aktif, Hulu Langat (49), Lembah Pantai (263), Titiwangsa (82), Johor Bahru (46), Kluang (70), Kuching (137) dan Kota Samarahan (47).

Sementara, 58 daerah lain diletakkan di bawah kategori zon kuning dan 89 daerah zon hijau.

Negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak pula kekal negeri zon hijau manakala Pulau Pinang hanya mencatat dua kes aktif.

Sumber: Astro Awani