Hiburan

“Hati Jadi Berbunga-Bunga” - Mawar Rashid Gembira Anak Sudah Pandai Ketawa

gempak
Azwa Rahman
12/07/2019
04:58 MYT
Sponsor Banner
“Hati Jadi Berbunga-Bunga” - Mawar Rashid Gembira Anak Sudah Pandai Ketawa
Pelakon Mawar Rashid berkongsi rasa gembira dan teruja apabila mendengar ketawa puteranya sehinggakan dia terkadang tidak percaya yang dia sudah melahirkan seorang anak lelaki.
Mawar, 23, mendedahkan anaknya, Raden Mohammed Rafael, 4 bulan, kini sudah pandai memberikan respon dan ketawa apabila diusik.
“Actually baby dah pandai respon senyum dah lama terutama bila tengok muka orang tapi sekarang hati makin berbunga bila dia dah pandai ketawa, cheeky betul.
“Alhamdulillah, saya happy bila doktor beritahu perkembangan anak saya agak cepat," ujar Mawar.
Mawar dan suaminya, Raf Yaakob ditemui selepas membuat kemunculan istimewa pada majlis Caltex Techron bertempat di One World Hotel, Damansara baru-baru ini.
Tambah Mawar lagi, apabila pulang ke rumah lepas bekerja dan melihat wajah anak, hilang segala penat lelah.
“Alhamdulillah, saya dikurniakan rezeki ada ibu, ibu saudara dan ibu mertua yang sangat membantu untuk menjaga anak.
“Saya takut nak hantar anak ke rumah pengasuh memandangkan Raden masih kecil. Kalau dah capai satu tahap umur nanti, saya rancang nak hantar dia pergi playschool terus,” jelasnya lagi.
Menurutnya lagi, dengan kehadiran suami dan anak-anaknya, impiannya untuk bergelar ibu sudah tercapai dan segalanya memberikan erti yang besar buat dirinya.
Sekadar info, Mawar dan Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live