Anggota kumpulan WASAP, Amir berkongsi semula kenangan ketika pertama kali merisik isterinya, Nur Intan Syafinaz Shaari bersama seorang sahabatnya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Amir berkongsi semula gambar ketika diambil semasa hari kejadian.

"Masa pergi merisik wife @intan.saari saya dulu, pegi berdua je dengan sahabat saya Azrai.

"Hati kering oo pergi mintak nak jaga anak orang macam tu je. Masa ni juga saya aktif jual sabun basuh pakaian, buat delivery sendiri ke rumah customer.

"Sapa pernah beli dulu dengan saya? Sekarang tak jual dah sabun, saya jual @airjagungamirreka_hq pula," tulisnya.

Masa g merisik wife @intan.saari sy dulu,pegi berdua je ngan sahabat sy azrai Hati kering oo g mintak nk jaga anak org camtu je?? Masa ni jugak sy aktif jual sabun basuh pakaian,buat delivery sendiri ke rumah customer..sape pernah beli dulu ngan sy?? Skrg x jual dah sabun,sy jual @airjagungamirreka_hq pulak

A post shared by Fb/ig : Air Jagung Amirreka Hq (@amirrajalawak) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Amir dalam menghalalkan pasangannya.

"@mizie77_: Hebat demo @amirrajalawak pergi mintak sendiri anak orang."

"@saimieisma: Nak buat masjid Amir. Takut gapo dop."

"@_izzulislam: Bagus Amir. Tak malu buat kerja itu ini. Rezeki ini luas, siapa usaha dia akan dapat."


Selain Amir, kumpulan WASAP turut dianggotai oleh Syura dan Wan Gegau.

Dalam perkembangan lain, Amir kini muncul dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS) bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.