Laman Utama
Hati Korang Pernah Dikhianati Tak? Nah…Amar Baharin Bagi Tips!
Tak dapat dinafikan memang sakit apabila diri dikhianati apatah lagi melibatkan orang yang kita sayang.
Dalam sesebuah perhubungan apabila dicurangi, sakit dan peritnya memang tak boleh digambarkan. Memang habis tercederalah jiwa dan raga, rasa bagai dirobek-robek!
Jangan risau, buat anda yang jiwanya sedang parah kerana dikhianati, pelakon kacak Amar Baharin ada tips nak kongsi tau!
Pesan Amar, jika hati dikhianati tingkatkanlah kesabaran dan sentiasa bersangka baik. Insha-Allah yang indah-indah akan menyusul kemudian.
“Kita dikhianati hari ini mungkin ada hikmahnya atas apa yang terjadi dalam hidup kita. Jadi banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan. Life must go on,” kata suami kepada aktres Amyra Rosli itu.
Amar berkata demikian kepada Isha Norsham menerusi segmen Gempak Hit Era bersama pendengar-pendengar stesen radio tersebut.
Selain itu Amar turut mendedahkan jumlah sebenar episod drama Hati Yang Dikhianati.
“Ramai yang tertanya-tanya bila sebenarnya drama ni nak habis…Okaylah saya bocor rahsia, drama ini adalah yang terpanjang dalam sejarah. Ada 146 atau 147 episod keseluruhannya untuk satu musim.
“Kami mula masuk set penggambaran sejak Januari 2021 dan sudahpun tamat baru-baru ini. Tetapi baki tayangan masih ada lagi.
“Jadi kepada yang dah tengok dari tahun lepas tu, kalau tak tunggu ending ni seolah-olah macam dia masuk lumba lari sebelum garisan penamat tu dia dah tergolek, rugilah!
“Kena tengok juga sebab inilah momen yang ditunggu-tunggu apa kesudahan cerita ni,” katanya ketawa.
Jangan lupa saksikan minggu akhir Hati Yang Dikhianati di Astro Prima saluran 105, pukul 6 petang.
Selain Amar, Isha yang juga hos Gempak TV bakal menghubungi selebriti untuk mengetahui perkembangan terbaharu mereka.