"Hati Ku Menangis Lagi... Selama Ni Kita Je Terhegeh-Hegeh..." - Elly Mazlein Patah Hati Dengan Siapa Tu?

Kamaruddin Razal
November 27, 2018 11:17 MYT
Gandingan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein dengan pelawak Shuk Sahar sememangnya mencuit hati.
Paduan mereka dalam mengacarakan Anugerah Skrin baru-baru ini menarik perhatian ramai dan menjadi bualan netizen di laman sosial.
Terbaru, menerusi kemas kini akaun Instagram milik Elly, penyanyi lagu Bungaku Bakawali ini seakan merajuk dengan Shuk.
Elly memuat naik sekeping foto Shuk bersama pelakon Zulin Aziz yang mengenakan busana sedondon rona hijau bersama kapsyen panjang lebar.
Tidak berdiam diri, Shuk turut membalas komen Elly di ruangan komen.
Rata-rata peminat terhibur dengan aksi Elly dan Shuk serta mencadangkan mana-mana program hiburan yang boleh menggandingkan dua orang selebriti ini sebagai pengacara.
#Elly Mazlein #Penyanyi #Penyanyi