"Hati Saya Telah Dimiliki" - Fasha Sandha
Asraf Aided
Ogos 22, 2018 14:07 MYT
Ogos 22, 2018 14:07 MYT
Menerusi sebuah entri di Instagram, pelakon terkenal Fasha Sandha mengakui dirinya sudah mempunyai kekasih.
Kenyataan tersebut ditulisnya untuk membalas komen netizen yang mencadangkan dia kembali bersatu bersama bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.
"Fasha, saya selalu doa you and Rizal bersatu semula," tulis netizen.
"Hati saya telah dimiliki, Allah is the best planner, saya sekarang lebih bahagia berbanding dulu," balas Fasha.
Hasil dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak iatu Putra Rayfal, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.
Sumber : IG Fasha Sandha