Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Hati Tak Tenang Fikir Daddy Dalam Nursing Room...”- Kaka Azraff

Syafiqah Jalal
22/10/2019 09:37 MYT
Penyanyi Kaka Azraff bangga kerana buat pertama kali suaminya, Adam Azriff berjaya menukar lampin bayi sulung mereka, Aslan.

Menceritakan pengalaman suaminya, Kaka memberitahu Adam terpaksa menukar lampin seorang diri ketika sedang membuat pemeriksaan dengan doktor.

“Baby daddy change diaper for the first time @helloadamazriff. Uncut version. Masa ni mummy tengah check-up dengan doctor, Aslan dah lapar for susu and at the same time dia dah poop.

“Tak sanggup nak biar lama, daddy decided nak tukarkan.. Masa I tengah check-up tu, hati tak tenang fikir daddy kat nursing room. But you did a great job daddy!

“I’m so PROUD of you! Tergelak I tengok cara dia nak tenangkan diri dia sendiri, but you’re so cute daddy! Hehe Aslan nangis for susu, but don’t worry, tengok sampai habis okay,” tulisnya.

Kaka berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik video suaminya yang dirakamkan sewaktu menukar lampin Aslan.

Video tersebut mendapat perhatian pengikutnya dan rata-rata memuji Adam.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan menimang cahaya mata pada 11 Oktober lalu.

Uncut version. Masa ni mummy tengah check up dengan doctor, Aslan dah lapar for susu and at the same time dia dah poop.. tak sanggup nak biar lama, daddy decided nak tukarkan.. Masa i tengah check up tu, hati tak tenang fikir daddy kat nursing room ? but u did a great job daddy! Im so PROUD of you! Tergelak i tengok cara dia nak tenangkan diri dia sendiri, but you’re so cute daddy! Hehe P/S Aslan nangis for susu, but dont worry, tengok sampai habis ok ❤️

A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on

#Anak #Baby #Kaka Azraff #Kaka Azraff #Suami
;