Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Hati-hati, Di Mana Ada Udang, Confirm Ada…” - Memancing Udang Galah, Netizen Nasihatkan Hairul Azreen

Azwa Rahman
01/10/2021 09:45 MYT
Aktor kacak Hairul Azreen mencuri tumpuan ramai apabila pergi memancing udang galah bersama rakan pelakon Theeban Govindasamy.

Menerusi laman sosial Instagram, Hairul berkongsi video sesj memancing dan foto hasil tangkapan untuk tatapan umum.

“Udang galah,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)


Menerusi perkongsian itu lagi, Hairul berkongsi udang-udang galah yang ditangkap saiznya sebesar tapak tangan.

Namun di sebalik kegembiraan dengan hasil tangkapan, perkongsian tersebut mengundang amaran wargamaya yang menasihati Hairul agar berhati-hati di kawasan udang galah kerana ia turut menjadi lubuk buaya berkumpul.

Malah, ada yang turut berpesan petua orang-orang lama agar Hairul jangan menepuk permukaan air kerana dikhuatiri akan mengundang perkara yang tidak baik.

Hati-hati, kalau ada sepit biru, ada la sang bedal di situ,” komen seorang wargamaya.

Di mana ada udang galah, di situ ada buaya. Itu pesanan orang lama-lama. Just be careful,” kata seorang wargamaya.

Yup, saya pun pernah dengar orang tua-tua pesan. Sebab udang suka tinggal bersama buaya,” tulis seorang wargamaya.

Selalunya ada udang ni, ada 4 legged freak,” ujar seorang wargamaya.

Orang cakap di mana ada udang, di situ ada buaya,” pesan seorang wargamaya.

Hati-hati, lubuk udang biasanya ada buaya,” kata seorang wargamaya.

Hati-hati bro, kalau sungai jadi lubuk udang ni confirm ada buaya. Contoh Sungai Linggi, Negeri Sembilan,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 55,000 tanda suka daripada wargamaya.
#Hairul Azreen #Lubuk udang #Sungai buaya
;