Laman Utama

Hati-Hati! Guru Jadikan Murid Sebagai Kandungan Media Sosial Bakal Berdepan…

gempak
Gempak
09/09/2023
07:50 MYT
Sponsor Banner
Hati-Hati! Guru Jadikan Murid Sebagai Kandungan Media Sosial Bakal Berdepan…
Guru yang menjadikan pelajar sebagai kandungan media sosial bakal berdepan dengan tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu pelanggaran garis panduan penglibatan murid di dalam media sosial.
“Sekiranya garis panduan itu tidak dipatuhi dan ada aduan, tindakan boleh diambil," katanya seperti yang dilapor media.
Media sebelum ini melaporkan ibu bapa resah dan menyelar tindakan segelintir guru menggunakan anak murid sebagai kandungan untuk dimuat naik ke akaun laman sosial mereka demi mengejar populariti dan mendapat habuan peribadi.
Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) juga dilapor menerima sekurang-kurangnya satu aduan sehari daripada ibu bapa mengenai anak mereka yang dijadikan kandungan peribadi media sosial guru. SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024