“Hati-Hati Monyet, Jangan Lalu Depan DG Lepas 12am” - Dhabitah Sabri Sambung Pengajian Di UKM, Netizen Titip Pesan
Azwa Rahman
04/10/2021 09:35 MYT
04/10/2021 09:35 MYT
Atlet terjun papan anjal negara Nur Dhabitah Sabri bakal melanjutkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang komunikasi media.
Menerusi laman sosial Facebook UKM, mereka berkongsi berita baik tersebut untuk tatapan umum.
“Tahniah buat Nur Dhabitah Sabri, atlet Olimpik negara atas kemasukan ke UKM Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,” tulis mereka di ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan ucapan tahniah dan berharap Dhabitah akan lulus dengan cemerlang dalam pengajiannya.
Tidak kurang juga ramai alumni UKM yang mengalu-alukan kehadiran Dhabitah dengan pelbagai kisah di universiti tersebut.
“Dari UiTM saya sanggup pindah ke UKM,” tulis seorang wargamaya.
“Tahniah Nur Dhabitah sebagai mahasiswa baru UKM. Sekurang-kurangnya ada satu lagi kursus pelengkap untuk menambah baik bidang kerjaya anda. Semoga terus sukses dalam bidang yang diceburi,” ucap seorang wargamaya.
“Confirm ramai peminat ni...dari kalangan pensyarah lelaki,” usik seorang wargamaya.
“Jauhi air gedegang RM1 kat UKM. Merata tempat meracuni warga UKM minum manis,” luah seorang wargamaya.
“Tahniah bitah..selamat menjadi warga FSSK UKM,” ujar seorang wargamaya.
“Hi junior… FSSK tu ada bilik mayat tau,” usik seorang wargamaya.
“Hati-hati dengan monyet UKM ye. Lagi satu jangan lalu depan DG lepas pkul 12 malam,” pesan seorang wargamaya.
“Yang pasti UKM akan semakin popular dan ceria tapi jangan ramai pula yang senyum dan sengeh sendiri,” komen seorang wargamaya.
“Yeay!! Tak sabar nak tengok Bhitah maki hamun SMP masa nak daftar citra,” kata seorang wargamaya.
“Okay la tu dia target nak jadi wartawan sukan pulak. Lagipun ramai je atlet yang jadi wartawan sukan,” sokong seorang wargamaya lagi.