,
Laman Utama

“Hati-Hati & Peka Dengan Lalu Lintas” - Bekas Atlet Berbasikal Negara Malek Mccrone Titip Pesan Pada Penunggang Basikal

Azwa Rahman
17/11/2021
09:37 MYT
Pelakon dan bekas atlet berbasikal negara Malek Mccrone meluahkan rasa gembira apabila melihat sukan tersebut semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Menurut Malek atau nama sebenarnya Malek Marcus Mccrone, 27, selain senang melihat sukan berbasikal semakin popular, dia berpesan agar mereka sentiasa berhati-hati.
“Rasa senang bila melihat ramai orang melakukan aktiviti berbasikal dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Berbasikal ini sebenarnya hobi yang sangat baik dan mudah untuk disukai.
“Tapi nasihat saya untuk mereka yang keluar berbasikal, tolong berhati-hati di atas jalan raya dan sentiasalah peka dengan keadaan lalu-lintas,” ujar Malek kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Malek yang membintangi drama bersiri Hati Yang Dikihianati meluahkan rasa teruja apabila dapat bekerja bersama pengarah terkenal, Bade Hj Azmi.
“Menerusi dia, saya belajar banyak benda baru setiap hari. Dia juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan input kepada sesiapa sahaja.
“Dalam drama kali ini, saya memegang watak antagonis bernama Samir. Samir ni seorang yang pentingkan diri sendiri, ego besar dan selalu ada agenda yang tak baik.
“Saya cukup teruja untuk melihat apakah jalan cerita untuk episod seterusnya dan berharap penonton menyukai drama ini,” jelasnya lagi.
Selain Malek, drama bersiri tersebut turut dibintangi oleh Amar Baharin, Isyariana, Mona Allen dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Hati Korang Pernah Dikhianati Tak? Nah…Amar Baharin Bagi Tips!

gempak
17/03/2022
06:43 MYT
Semoga tips dari Amar Baharin ni membantu..
Laman Utama

Gimik Cekik-Cekik, Fazley Risau Anak-Anak Terikut - "Mereka Tanya Saya Balik, Tak Takut Ker Kena Cekik Nanti Kalau Berlakon?"

gempak
14/03/2022
04:55 MYT
Fazley bersuara atas dasar satu keluarga industri seni..
Laman Utama

Hati Yang Dikhianati Cipta Sejarah Drama Rantaian Terpanjang, Amar Bahrin: “2 Kali PKP, Dari Melaka Ke Perlis, Tak Ramai Yang Sanggup…”

gempak
11/03/2022
08:55 MYT
Terbaiklah, memang power pun drama ni
Laman Utama

Hati Yang Dikhianati Semakin Suspen, Lisa Dah Kembali, TJ Masuk Lokap... Apa Lagi Lepas Ni?

gempak
08/03/2022
10:00 MYT
Apa pengakhirannya?
Laman Utama

Rahsia, Kahwin, Tragedi Besar? Oh No! Minggu Akhir Hati Yang Dikhianati Bagi Hint Apa Ni?

gempak
27/02/2022
11:05 MYT
Tak sabarnya nak tengok.