Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Hati-Hati Pencinta Haiwan, Kena Cakar Kucing? Jangan Abaikan, Merbahaya!

Mya Amri 25/08/2020 | 08:15 MYT
Mungkin ramai yang mengambil sikap tidak kisah apabila dicakar kucing kesayangan.
Atas rasa kasih sayang terhadap haiwan peliharaan ini membuatkan ramai berangapan tidak ada apa merbahaya apabila kucing menjilat dan sesekali mencakar tubuh kita sehingga luka atau calar sedikit.
Namun menurut perkongsian Public Health Malaysia di akaun Facebook rasmi, tindakan itu sebenarnya merbahaya kerana kucing adalah pembawa sejenis bakteria yang dinamakan Bartonella henselae.
Berikut merupakan penerangan dan langkah-langkah yang perli diambil sekiranya luka akibat dicakar bertambah teruk.
“Kajian menunjukkan 40% kucing pernah dijangkiti dengan bakteria ini.
“Apabila kucing menjilat luka atau mencakar anda, air liur kucing yang dicemari dengan bakteria ini boleh masuk ke tubuh anda lalu menyebabkan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Cat Scratch Fever.
“Dalam tempoh 3 hari -14 hari, luka akan kelihatan merah, bengkak dan panas. Ia mungkin bernanah dan menyakitkan.
“Kelenjar di kawasan luka akan membengkak dan anda mungkin ada demam sehingga mengigil, merasa lemah, hilang selera makan dan sakit kepala.
“Dalam kes yang lebih serius (jarang berlaku), jangkitan ini boleh mengakibatkan jangkitan organ lain seperti mata, otak dan jantung.
“Kanak kanak dan golongan yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah adalah golongan berisiko tinggi.
“Di US, setiap tahun 15 ribu individu di jangkiti dengan penyakit ini.
“Sekiranya anda mempunyai sebarang luka, elakkan dari di jilat kucing.
“Jika anda di cakar kucing pastikan luka di basuh segera dengan air sabun.
“Dapatkan pemeriksaan segera jika luka melarat,” jelas perkongsian itu.
Gempak harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca.
#Gaya Hidup #Kucing
;